Wednesday, November 27, 2013

jangan rampas rasa hatiku



Jangan rampas rasa hatiku...

Jangan sesekali kau sentuh..
Apatah lagi merampas setiap rasa di hatiku
Hanya itu…
Yang tinggal untuk aku terus mengenal
Apa itu rasa duka…. Rasa benci dan rasa dikhianati.

Mataku hanya memandang cuma
Saat kau menarik seinci demi seinci benang cinta dari hati dan jiwaku.
Apa yang tinggal?.
Hanya rasa benci dan duka…
Apakah itu pun tergamak untuk kau rampas dariku
Hanya itu yang ada…
Hanya itu……


Biarkan ianya kekal di sini…
Tak bisa aku menarik dan merentap cinta yang telah kau ambil kembali
Biarlah perasaan itu pergi bersama dirimu…
Kerana bila cinta itu masih dikiriku…. Kananku akan terasa sakitnya
Apabila cintamu berada di sebelah kananku,
kiriku turut sama merasa yang sama
Bawalah cinta itu pergi
Tetapi jangan dibawa jauh rasa benci ini
Kerana hanya itu sahaja
Yang ada untuk aku menyekat air mataku
Dari diundang datang

Menjenguk rasa derita ini…

2 comments:

  1. biarkan semuanya berjalan sesuai takdirnya...xkan ada penyesalan...

    ReplyDelete
  2. cinta itu perlu ada cuma usah melebihi cinta pada Illahi...

    ReplyDelete